Sabtu, 21 Februari 2009

Wanita idaman...... setiap lelaki......


Assalamualaikum....

Jom kita bincangkan soal wanita(isteri), semalam kita dah bincangkan soal lelaki(suami). Bersama kita kongsi ye akhawat. Bagi yang masih anak dara, jadikan panduan. Yang sudah bersuami, cubalah hijrah untuk kebahagiaan bersama. Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas
kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih
sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.


9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh
sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya. Wallahualam....

7 ulasan:

  1. salam.....

    aku pelik baca entry ini...
    walau aku lelaki,kenapa aku rasa seolah2x artikel ini ingin perempuan beralah dalam segala hal..??
    ini mmng diidamkan lelaki tetapi kebahagian seorang perempaun bukan begini..
    cik sendiri ckp sebelum ini...
    perempuan penat buat kerja,bngun malam bla bla..

    2-jgn tunggu suami minta maap?aku rasa biasa melihat ayahku meminta maaf pada ibuku syurgaku bila merokok..

    3-merajuk sifat tidak matang?
    owhh...ibuku syurgaku suka merajuk,dan lelaki akan nampak romantik bila memujuk..
    merajuk itu perlu kerana ibuku syurgaku berkata:
    hati wanita itu lembut,maka jauhi mereka sebelum kahwin...

    5-kena cepat bertindAk?...
    ishk3x...kesian hawa dapat laki cepat terasa

    6-memasak
    bukan mengikut kesukaan suami tetapi kesukaan keluarga...

    bla bla...

    kesimpulannya..
    aku rasa ini bukan tulisan cik sendiri...
    dan artikel ini seolah-olah lelaki adaalh kuasa veto dalam rumah tangga..
    sedangkan lelaki perlukan permpuan sebagai pelengkap...bukan ikut kepala,ingat bini tue kuli ker???

    suami dan isteri perlu berbincang..
    perlu persepakatan..
    perlu memahami..
    barulah harmoni macam rumahku syurgaku...lalalaa

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum... terima kasia pada saudara perokok soleh kerana memberi komen yang membina..

    apabila seseorang muslimah itu telah menikah.. ini bererti dia telah dibeli oleh suaminya... Di mana syurganya terletak dibawah tapak kaki suaminya...

    Ape yang saya ingin sampaikan disini ialah... Saya ingin para isteri menghormati suami... itu sahaja.. kerana itu adalah kunci kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga... Sememangnya Allah menciptakan lelaki sebagai ketua keluarga.... masakan hukum talak dipegang oleh kaum adam? sekiranya kaum hawa yang diberi kuasa talak, berapa ramai keluarga yang musnah akibat penceraian.....

    wanita solehah yang patuh kepada suami amat beruntungkerana apabila seseorang wanita itu telah menikah, amat senang jalan yang harus dilaluinya ke syurga iaitu dengan, taat kepada suami, solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan dan amar makruf nahi mungkar...

    Ini yang ingin saya kongsikan... Memang lelaki adalah raja dan ketua dalam rumahtangga... Bila saudara menimbulkan isu berbincang, persepakatan, dan memahami memang perlu, tetapi suami sememangnya mempunyai kuasa veto yang menentukan hala tuju keluarganya...

    Isteri pula haruslah mencapai misi rumahku syrgaku supaya keluarga lebih aman dan harmoni... maaf andai terkasar bahasa saudara perokok soleh... Jamganla emosi...Wallahualam...

    BalasPadam
  3. owhh,paham2...
    heheh....aku tidak emosi.adess
    mungkin bahasaku cik xsesuai kot...
    maka,terimalah aku seadanya,wakaka..

    ps:ok2x,pasni aku ckp dgn berhati-hati seperti hati elizebith wong,hehehe

    BalasPadam
  4. Syukran saudara perokok soleh....

    Semoga ilmu ini dapat kita kongsikan bersama....
    Jangan terlalu emosi kerana emosi penyebab sakit dan tidak bahagia...

    *sila baca petua bahagia di dalam entry ana

    BalasPadam
  5. betul ape yg si mawar ckp ni. first time aku setuju ngan si mawar.haha..isteri wajib taat pada suami.
    "arrijal kauamun alannisak"
    kalu nak tau lebih lanjut, ade vid klip ceramah ustaz azhar idrus kat dlm blog ana..

    BalasPadam
  6. terima kasih saudara luqman...

    BalasPadam
  7. selama ni anta x penah setuju dengan ana kerrrr saudara luqman????

    sedih ana... huhuhu

    tak pelah...

    teruskan menyokong ana...

    Syukran...

    BalasPadam