Jumaat, 20 Februari 2009

Suami idaman... setiap wanita.....

Assalamualaikum....

Bagaimana suami idaman wanita? Wanita solehah untuk lelaki soleh. Tapi, yang macamana ye?

Sudah tentu role model sepanjang zaman iaitu Rasullullah s.a.w. Antara amalan baginda yang boleh kita ikuti

  1. Selalu berpegangan tangan dengan isteri, sabda nabiRasullullah s.a.w. "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". -Peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda. Nampak senang, tapi ramai agak keberatan untuk melaksanakan. Mari sama-sama kita amalkan, senang-senang dosa kita dihapuskan. Tak nak ke?
  2. Memotong kuku isteri. -Senang je ni. Tapi kadang-kadang tak ingat. Boleh terima ke alasan tu kaum hawa?
  3. Mandi junub bersama-sama. -Mengeratkan lagi ikatan. Bersama harungi pahit dan getir. Lupa ke janji kita nak nak bahagia di dunia dan akhirat.
  4. Bersama-sama bermusafir. -Mengikut sunnah nabi, nabi membuat undian untuk menambahkan kasih sayang setiap isteri-isterinya. Baru adil dan saksama.

Ada satu lagi kisah yang membuatkan isteri-isteri sangat sayang akan Rasullullah, pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Baginda sangat romantik pada isteri-isterinya. Baginda selalu membuatkan isteri-isteri baginda ceria dan bahagia. Ini saje yang dapat saya coretkan. Banyak lagi kisah romantik baginda, kalau ada, mari kita kongsi. Bagi yang belum berumahtangga, coretan ini boleh dijadikan panduan.
Pada kaum adam, bolehlah cuba praktik, yang belum nikah, jadikan panduan. Yang belum menikah, cepat-cepatlah dirikan masjid, ke syurga dunia. Wallahualam.


"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...."

4 ulasan:

  1. Begitu hebat sayang Rasullulah kepada isteri...

    saya tambahkan lagi buat tetapan semua....


    kisah dari hadis: Daripada Atha' bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah dan Aisyah biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya: “Mengapa engkau bangkit?” Jawabnya: “Kerana saya haid, wahai Rasulullah.”

    “Sabdanya: “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali kepadaku.” Aku pun masuk, lalu berselimut bersama baginda.” (Hadis riwayat Sa'id bin Manshur)

    Daripada Aisyah, beliau berkata : “Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya.

    “Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya.” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)

    Rasulullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan berkata: “Wahai 'Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

    Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: “Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”

    Beliau (Ummu Kultsum) berkata: “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (Hadis riwayat Ahmad)

    Begitu indahnya kemesraan Rasulullah kepada isterinya. Ia memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan komunikasi bukan lisan kerana bahasa tubuh ini akan lebih berkesan menyatakan cinta dan kasih sayang di antara suami isteri.

    http://hu-allah.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Terima kasih Rizal..
    Tadi mawar ada tonton wanita hari ini, topik goda isteri... Tetamu undangan ialah Dr. Fazilah Kamsah, Zul Yahya dan isterinya. Disini, mereka membincangkan isu tilam dan bantal, dimana Rasullullah s.a.w. selalu baring di riba Aisyah, untuk kita amalkan mungkin kita boleh manja-manja baring di riba suami atau isteri sambil mencabut uban. Disamping itu, baginda selalu meletakkan sebelah tangannya di bahu isterinya, untuk menambah kasih sayang antara mereka.Untuk kita, ape salahnya memegang bahu isteri sambil tengok tv, berjalan-jalan dan sebagainya.
    Wahai kaum Adam, contohilah junjungan kita, untuk bahagia di dunia dan di akhirat yang kekal abadi...

    BalasPadam
  3. salam alaik.....

    hahaha.....lawak la pas baca entry cik nie,
    ingatkan isinya seperti

    -lelaki itu perlu soleh macam tok guru
    -lelaki itu tidak merokok
    -lelaki itu ini itu ini...

    ternyata aku silap...entry yang berpijak dibumi yang nyata seperti yang aku belajar...

    ps:first time nie samapai sini...lalalala

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum... Ahlan wasahlan perokok soleh.. Ana cuba diskuskan dari sirah Rasulullah.. Kalau anta nak tambah, pe salahnyerrr...

    BalasPadam