Isnin, 21 Jun 2010

SETIAP KESUSAHAN ADA KESENANGANNYA

Salam.... setiap kesusahan ada kesenangan... ana yakin.... dalam surah al-Insyirah... jadi.. apa yang perlu ana buat dan praktikkan... hanya sabar dan usaha akan penyelesaian bagi sesuatu masalah... bukan menunding jari kepada orang lain...



Usaha itu ada sedikit kesusahan tetapi percayalah... kesenangan itu merupakan penawar yang lebih besar nikmatnya daripada kesusahan yang sedikit tadi... tidak perlu mengeluh... kerana percayalah ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segalanya... penuhi ilmu, iman dan amal di dada... pasti kita berasa lebih tenang dan dekat denganNya... bergetar dan sayu tatkala hadiah yang Allah berikan setelah kita berduka... linangan air mata kesyukuran menjadi peneman... bertambah keimanan kepadaMU



Membaca dan hayati kisah Rasulullah memberi kesedaran, motivasi, sumber kekuatan dan menambah kecintaan ana pada kekasih Allah.... bagaimana keperitan usaha dakwah Baginda selama 13 tahun hanya seramai 330 orang yang memasuki Islam... namun, kesenangan dan nikmat yang Allah kurniakan sangat besar, dimana-mana sahaja pelusuk dunia pasti ada hamba yang menyebut nama Allah... Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar...



Ana yang sedang diuji dengan paper projek sem 6, biarpun mencabar dan banyak dugaan, apa yang perlu ana lakukan ialah hanya sabar, tabah dan teruskan berusaha sedaya upaya... Allah suruh kita usaha.... kerana Allah takkan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia usaha untuk menuju kejayaan itu...jangan malas



Usaha itu perlu, barulah tawakal dengan keputusan.. barulah kita redha segala keputusan kerana itu yang terbaik untuk kita... tidaklah kita kecewa jika gagal kerana kita sudah usaha sedaya upaya.... jadi hati lebih tenang, redha dan percaya itu yang terbaik daripada Allah...



Jangan lupa, terlalu banyak pengajaran yang kita pelajari dari kegagalan itu... kita akan jadi lebih baik pada masa akan datang... itulah keindahan corak warna kehidupan... kita semua saling memerlukan... ingat-mengingati menuju ke destinasi hakiki(Jannatul firdausi)... indahnya hidup ini pabila diriku dekat dengan rahmat dan kasih sayangMU

Ahad, 20 Jun 2010

Assalamualaikum....


Alhamdulillah.... ana diberi masa dan kelapangan untuk mengupdate yang dah sangat lama ana tinggalkan... maafkan ana jika ada hati yang terguris tanpa ana sedari... sejujurnya ana sibuk dengan urusan campus dan masa untuk mentarbiah diri ana sendiri.... semoga Allah terus memberi kekuatan kepada ana dalam mengembara di alam yang sementara ini...



Ana insan yang lemah.... hanya meminjam nikmat Allah maha pencipta... Alhamdulillah masih dapat menikmati nikmatNya... nikmat anggota badan yang tidak ternilai... nikmat akhlak... nikmat ilmu didada... nikmat diuji didunia supaya menjadi juara (dikalangan para solehah)diakhirat kelak... walau ramai persaingan, hanya Yang Maha Pencipta yang mengetahui segala-galaNya... nikmat nyawa untuk menuju ke syurga yang hakiki... nikmat yang terbesar... nikmat ISLAM...



Ya Allah, aku bersyukur kerana masih di dalam nikmat agama sucimu... masih mampu bersyukur dengan nikmatmu... tidak terus leka dengan pujian manusia, aku lebih mengharapkan pujianMU... nikmat masa untuk ku mengupdate blog ini...Berterima kasih atas kasih sayang yang kau campakkan ke dalam hati ku untuk mengasihi ibu... ibu...ibu... ayah... adik-beradik... saudara Islamku.... Syukur atas kesedaran yang telah kau berikan padaku... syukur atas nikmat untuk ku mengenali, menyayangi, mencintai agamamu.... ISLAM... sungguh indah... alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah....



Kebahagiaan hakiki... pabila ku melangkah ke syurgamu.... namun... penuhi ilmu, iman dan amal... barulah tidak sesat dalam perjalanan... berhati-hati di dalam perjalanan... jangan ditinggalkan papan tanda berbentuk amaran..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Jage solatmu, auratmu, akhlakmu... jangan dilanggar lampu merah berbentuk berpegangan tangan bukan muhrim, melawan kedua ibu bapa, melawan suami, jahil akan tanggungjawab sebagai anak, suami, isteri, ibu, bapa, mujahid dalam menegakkan agamamu, mengata, mengumpat, mengutuk, membohong, memfitnah, mensibukkan diri dengan orang lain berbanding diri sendiri...



kelak diri mendapat kemalangan, akibat balasan perbuatan yang dilarang... peluang keemasan bagi yang tersedar akan kesilapan, boleh reverse dengan taubat agar tidak mengulangi... malang bagi yang tersasar dan terus sesat entah kemana, tanpa tujuan, akhirnya merosakkan diri mereka sendiri...



Sedarlah makin hari umur semakin tua.... mati semakin hampir... ketenangan bagi hati yang dekat denganNya... Namun, harus usaha... usaha ... usaha untuk jadi yang terbaik.... hamba yang terbaik, walau terkadang kita terleka... itulah hikmahnya kita dijadikan ramai.. supaya saling mengingati dan menyayangi.... Insyallah

Isnin, 31 Ogos 2009

Salam imtihan


Salam ukhwah..... maaf mawar ucapkan kerana lame sangat mawar tak update blog.. ini kerana mawar sibuk sedikit dengan banyak tugasan dari pensyarah mawar.

Dikesempatan ini mawar nak ucapkan selamat menyambut ramadhan yang mulia, hari kemerdekaan dan kepada rakan-rakan selamat menjawab midterm...

Good luck dan try your best k... man jadda wa jadda... usaha tangga kejayaan.. ape-ape pun ingat DUIT. Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakkal.

Ahad, 2 Ogos 2009

Eratkan ukhwah


Salam buat semua, kali ini mawar ingin berkongsi dengan kalian tips untuk mengeratkan persahabatan dari hadis riwayat Al-Tabrani. Sahabat amat penting dalam melaksanakan perjuangan suci Ilahi. Ade juga kata pepatah kawan itu ibarat cermin. Carilah kawan yang membina bukan yang membantutkan kita. Jika semua dah jumpa dengan sahabat sejati, jom kita bace tips ini.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya." Riwayat Al-Tabrani

Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.


Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.


Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Harap semua dapat praktikkan. Wassalam

Sabtu, 18 Julai 2009

Rukun Islam ke-Dua



Salam semua...... Jumpe lagi... Pujian dan syukur kepadaNya kerana mawar diberi kesempatan dalam meng-update blog. Maafkan mawar semua. mawar sibuk dalam beberapa bulan ni. Lagi-lagi di awal sem ni, assignment da dkt 10, buat sesi gan klien lum kire lagi. Ya Allah, bantulah permudahkan urusan hambamu yang lemah ini.

Kali ini mawar nak berkongsi dengan semua kisah hinanya orang yang meninggalkan solat. Kisah ni kakak mawar (angah) story kt mawar tadi selepas kami makan malam. Jom kite share.

Sewaktu zaman Nabi Ibrahim, ada seorang hamba yang telah lama mendirikan rumah tangga. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Berbagai ikhtiar telah dilakukan oleh pasangan suami isteri ini.

Satu hari suami pasangan ini bernazar, andai dia dikurniakan cahaya mata, dia akan minum air kencing anjing hitam. Beberapa bulan selepas itu, si isteri pun mengandung. Si suami pula runsing kerana memikirkan nazar yang harus ditunaikan sehinggalah isterinya selamat melahirkan bayi.

Si suami pun berjumpa dengan Nabi Ibrahim untuk menyelesaikan masalahnya itu. Lalu Nabi Ibrahim pun berkata "Jangan risau, Islam agama yang mudah". Lalu, Nabi Ibrahim menyuruh si suami mencari orang Islam yang tidak sembahyang(ibadah yang disyariatkan semasa zaman itu). Kemudian si suami pun mencari dan menjumpainya. Lalu Nabi Ibrahim pun menyuruh si suami menunggu hingga hari hujan, lalu menyuruh si suami minum air hujan yang jatuh dari bumbung rumah orang Islam yang tidak menunaikan solat itu.

Pengajaran disini, betapa Allah menghina dan mengkeji orang yang tidak menunaikan solat. Air hujan yang jatuh di atas bumbung rumah orang Islam yang tidak menunaikan solat itu setaraf dengan air kencing anjing hitam. Jika bumbung rumah atau kampus kita bagaimana ek?

Jumaat, 19 Jun 2009

Holiday at sabah -5

Salam semua.... Semoga semua berada dalam limpah rahmat dan kasih sayang dariNya.. Mawar dah lame sangat tak update blog.. Biasela dok umah ni ader je benda yang nak dibuat.. hmmmm mawar nak tambah sikit lagi tentang holiday mawar yang mawar nak kongsikan dengan semua... Last day mawar kat sabah...

24 May 2009







Pagi-pagi lagi mawar gan anak buah mawar dah terjun kat dalam swimming pool hotel promenade... Mawar nak tengok anak buah mawar "iman" yang dah pandai berenang.. Mawar ni entah bile nak blaja berenang... hehehe



Dalam jam 9 mawar bergerak ke pasar gaya / Gaya Street / pasar Tamu.. Pasar ni besar dan panjang.. ala-ala macam chow kit road... kat cni mawar beli baju, kraftangan, brooch, gelang...


pasar ni memang sesak... susah nak cari parking, kalo ade tempat parking pun mahal sikit, daripada pusing-pusing mengabiskan minyak kete cari parking, apetah lagi kene saman... huhuhu



Than, mawar jalan-jalan kat UMS (Universiti Malaysia Sabah), Masjid Kota Kinabalu, and One Borneo... One Borneo ni satu shopping complex yang besar and highclass la, ala-ala KLCC.... mawar jalan-jalan je... tak beli pape pun....








Lastly mawar ke hospital likas, rumah kawan angah mawar.... Dr. Suzanna yang lebih senang dikenali sebagai Kak Ijan...

Mawar pun bergerak ke LCCT.... Mawar jalan-jalan di kedai dalam LCCT, barang-barang kat cni memang mahal!


Jam 7 mawar check in tapi flight delay jam 9 malam... so, sampai kat KL 11.30pm.. mawar agak letih dalam kapal terbang...

Tempat yang mawar sempat lawat di Sabah sikit jer...
  1. Pasar Filiphine
  2. Pasar malam filiphine
  3. UMS
  4. One Borneo
  5. Centre point Sabah
  6. Pulau Manukan
  7. Yayasan Sabah
  8. Salut(tempat makan lokan bakar&puding kelapa)
  9. Masjid Kota Kinabalu
  10. Gaya street
  11. Hospital Likas
  12. Taman Rekreasi Kota Kinabalu
Apa yang boleh mawar simpulkan disini, Sabah tanah air mawar... sabah negeri yang sangat bersih dan cantik, orangnya peramah, humble dan suka menolong orang.. budaya dalam masyarakat sabah masih belum tercemar... mawar suka pegi sabah... mawar nak pegi lagi nanti... hehehe

Mawar nak ucapkan jutaan terima kasih kepada angah, abang lan & iman yang menghadiahkan mawar percutian ke sabah atas kejayaan SPM mawar dulu.. Mawar akan ingat sampai bile-bile.. Ini kenangan terindah dalam hidup Mawar... Mawar selalu mendoakan kesejahteraan angah di dunia dan akhirat... Terima kasih Angah... Angah kakak yang mawar sayang... Mawar sayang ANGAH!!!




Selasa, 26 Mei 2009

Holiday at Sabah-4



23 May 2009



Jam 9.30 mawar ke Jeti Jessolton untuk ke Pulau Manukan.


Lebih kurang 30 minit sampai ke Pulau Manukan dengan menaiki bot. Pemandangan semasa di dalam bot sangat indah dengan deretan bangunan di tepian pantai. Seorang RM17 untuk satu pulau. Satu pakej dengan snorkle set iaitu kaki itik, snorkle dan google berharga RM20. Kat Jesselton poin ade charge servis, kat pulau manukan pun ade charge servis RM3.


Apabila sampai, mawar sangat teruja dengan keindahan pantai di Pulau Manukan. Air yang jernih dan ikan yang berwarna-warni.

Mawar tak sabar untuk snorkle di dalam laut. Mawar tukar baju dan terus terjun. huhuhuhu.

tandas disini free, bersih dan puas hati.





Subhanallah! indahnya ciptaanMu.





Mawar berenang bersama ikan yang comel dan unik.



ikan-ikan unik ini sangat cantik dan peramah juge.





Bila mawar baling roti, ikan itu akan serbu. Ya Allah indahnya ciptaanmu.



Pulau ini sangat cantik.



Semasa pulang, mawar agak penat juga tapi seronok, walau kulit jadi udang panggang cz sunburned. Mawar rasa tak nak balik je. Nak duduk kat pulau je. hehehe.

Tips ke Pulau Manukan:
  1. Beli tiket bot di kaunter untuk elak ditipu
  2. Beli snorkle set bersama pakej bot lebih murah
  3. Bawa makanan dan banyakkan minuman kerana makanan di pulau mahal
  4. Bawa roti untuk kasi ikan makan
  5. Jangan lupe bawa sunblock, kalo tak balik jadi india... hehehehe
  6. snorkle selepas jam 9 pagi kerana sebelum waktu tu ade obor-obor yang bahaye.
  7. Sewa snorkle set complete supaya selamat dan menjadikan ia sangat bermakna dalam hidup anda.
  8. Bersedia melihat keindahan ciptaan Tuhan