23 May 2009
Jam 9.30 mawar ke Jeti Jessolton untuk ke Pulau Manukan.
Lebih kurang 30 minit sampai ke Pulau Manukan dengan menaiki bot. Pemandangan semasa di dalam bot sangat indah dengan deretan bangunan di tepian pantai. Seorang RM17 untuk satu pulau. Satu pakej dengan snorkle set iaitu kaki itik, snorkle dan google berharga RM20. Kat Jesselton poin ade charge servis, kat pulau manukan pun ade charge servis RM3.
Apabila sampai, mawar sangat teruja dengan keindahan pantai di Pulau Manukan. Air yang jernih dan ikan yang berwarna-warni.
Mawar tak sabar untuk snorkle di dalam laut. Mawar tukar baju dan terus terjun. huhuhuhu.
tandas disini free, bersih dan puas hati.
Subhanallah! indahnya ciptaanMu.
Mawar berenang bersama ikan yang comel dan unik.
ikan-ikan unik ini sangat cantik dan peramah juge.
Bila mawar baling roti, ikan itu akan serbu. Ya Allah indahnya ciptaanmu.
Pulau ini sangat cantik.
Semasa pulang, mawar agak penat juga tapi seronok, walau kulit jadi udang panggang cz sunburned. Mawar rasa tak nak balik je. Nak duduk kat pulau je. hehehe.
Tips ke Pulau Manukan:
- Beli tiket bot di kaunter untuk elak ditipu
- Beli snorkle set bersama pakej bot lebih murah
- Bawa makanan dan banyakkan minuman kerana makanan di pulau mahal
- Bawa roti untuk kasi ikan makan
- Jangan lupe bawa sunblock, kalo tak balik jadi india... hehehehe
- snorkle selepas jam 9 pagi kerana sebelum waktu tu ade obor-obor yang bahaye.
- Sewa snorkle set complete supaya selamat dan menjadikan ia sangat bermakna dalam hidup anda.
- Bersedia melihat keindahan ciptaan Tuhan
pegi tak ajak pun ek... bestnya berenang ngan ikankan... tapi takpe insyaallah bulan 10 ni saya nak pegi Pulau Mabul kat Somporna tu... hehehe nak join ke...
BalasPadamSalam rizal, hmmmm mawar tak sempat nak ajak rizal cz tkt x pat nak book tkt plak.... hehehe hmmm mawar rase pulau kat semporna lagi cantik... hmmm t same-same la kongsi pengalaman yek...
BalasPadamSalam mawar..
BalasPadamermm pulau manukan.. terimbau kenangan lalu kat pulau manukan. Memang sungguh indah sekali pulau kat sana. rasa ingin kembali semula ke sana..
airnya telus jernih kebiruan memang sungguh mendamaikan..
salam..lama tak dgr kabar...smoga siht..bestnya pi sna, tak ada ole2 ke?....
BalasPadamcantik...
BalasPadamCiptaan Nya~