Isnin, 25 Mei 2009

Holiday at Sabah-2








22 May 2009

Jam 11am mawar ke Yayasan Sabah. Bangunan ini menjadi kebanggaan warga Sabah. Bangunan ini dibina pada tahun 197..an. Tingkat 18 bangunan ini, boleh berputar. Bangunan ini melambangkan kecanggihan teknologi di Sabah.





Jam 12.30am, perut pun lapar. Mawar makan di salut. Apa yang special disini ialah puding kelapa dan lokan bakar. Sangat mengiurkan dan murah.

Puding kelapa ialah puding berperisa air kelapa di dalam buah kelapa. Memang sedap. Lagi-lagi semasa cuaca panas. Lokan bakar pula macam kerang tapi berbentuk besar. memang marvelous makan dengan nasi atau soto.

Soto pula ada tiga pilihan, soto ayam, sato daging atau soto campur. Apa yang membezakan soto semenanjung dengan sabah ialah, soto sabah bersayurkan timun sahaja.

Mawar tak penah jumpa puding kelapa dan lokan bakar di semenanjung.

Tips untuk makan di sabah:
  1. makan di restoren owner melayu, bukan Cina
  2. kita akan dihidangkan sup walau kita makan nasi lemak

2 ulasan: