Selasa, 26 Mei 2009

Holiday at Sabah-3


22 May 2009

Jam 6.30pm azan maghrib berkumandang. Mawar solat dan bersiap untuk ke centre point Sabah, Warisan Square, pasar malam, yang mawar tidak pasti namanya dimana ia berhadapan dengan hotel meridien.



Centre point dan warisan square merupakan shopping kompleks yang sama macam kat KL. Ada padini, mc D, Watson, dan lain-lain. tempat yang agak memboringkan bagi mawar kerana tempat yang sama macam kat KL. Maybe sebab something yang sama dengan KL.

Pasar malam di Sabah membuatkan mawar teruja. pasar malam yang besar, bersih, dan sistematik. Pada siang hari, mawar lalu di jalan tempat pasar malam, ianya kosong dan sangat bersih. tetapi pada waktu malam, ianya menjadi kawasan yang sangat sibuk. barang-barang pun sangat murah dan fresh.


Di bahagian hujung pasar malam ini terdapat satu tempat dimana tempat makan. Disini, terdapat banyak pilihan tempat makan. Disini mawar makan seafood puas-puas.


Udang, sotong, ikan sangat besar sampai nak muntah menghabiskannya. Di sini juga terdapat rumpai laut yang boleh dimakan dengan nasi.



Ape yang special, disini kita boleh minta sambal bancuh dimana peniaga akan buat di depan kita dan chicken wing. rasa dia, jangan cakapla. Memang marvelous. Makanan sangat sedap, dan fresh. harga pun tak mahal sangat.



Sebelum pulang mawar merayau tengok ikan yang fresh dan dijual sangat murah. Sayur juga fresh dari kundansang iaitu gunung kinabalu. mawar membeli cangkerang untuk hiasan di meja study.hehehe dan mawar membeli buah untuk makan di dalam hotel nanti.



semasa mawar merayau-rayau di pasar malam itu, mawar ditegur oleh seorang budak lelaki. Budak itu berkata, mau saya tolong angkat barangnya kak? sambil memegang plastik. mawar berasa sungguh terharu kerana budak ini sangat baik hati. mawar tersenyum dan terus menghulurkan sedikit wang dan bercakap tak pe.

mawar kagum dengan budak itu kerana dia dididik dengan betul kerana mereka tidak diajar mencuri. Dia pandai berdikari untuk hidup walau dalam kasempitan. Semoga Allah merahmati budak itu.


Di shopping kompleks dan pasar malam adalah dua kasta yang berbeza tetapi kasta di pasar malam itu membuatkan mawar impress kerana ketulusan niat untuk menolong, orang yang peramah, barang yang fresh dan murah. perbezaan yang sangat besar.

Tips di pasar malam sabah:
  1. pilih tempat makan yang peniaga memakai tudung
  2. ambil makanan yang tak besar sangat kerana mahal, kalau beli yang kecil sangat murah walau banyak.
  3. jangan lupa minta sambal bancuh kerana lagi sedap dari sambal belacan
  4. beri wang banyak sikit pada budak yang ingin membawa barang.
  5. banyakkan beli buah tangan disini kerana murah dan sangat murah kalau pandai manawar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan