Salam ukhwah.... kita bertemu lagi kali ini bertajuk kesukaan dan kebencian Allah.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.”
Selaku hamba, kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah.
Apa sahaja yang kita lakukan jika Allah menyukainya, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai satu amalan.
Sama ada kecil atau besar, wajib atau sunat asalkan Allah menyukainya, kita mestilah melakukannya.
Itulah manifestasi dari cinta kita yang mendalam terhadap Allah SWT.
Samalah juga keadaannya dengan seseorang yang tentu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya.
Ia bukan soal mendapat pahala atau fadhilat tetapi lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Allah.
Begitu juga dengan aspek kebencian.
Ia hendaklah selari dengan kebencian Allah dengan maksud bahawa kita meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci oleh Allah.
Dalam hal ini tidak dinafikan bahawa nafsu pasti mendorong kita untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka.
Tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu disebabkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam dalam diri.
Itulah antara ciri-ciri taqwa yang sejati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ya benar.. menahan hawa nafsu adalah sesuatu yang sulit..
BalasPadam