Ahad, 15 Februari 2009

SAYANG DIA!!!

Assalamualaikum.wr.


"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakanmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar ruum 21)

Pertama sekali terima kasih kepada Angah yang menalefon pada jam 9.30 untuk melekat di TV9 untuk menonton Halaqah. Tajuk yang menarik iaitu Sayang Dia. Seperti yang sedia maklum sambutan pada 14 Februari, Valentines Day ialah cinta buta. Mengapa????

Cinta itu amat suci, indah dan tinggi martabatnya. Jangan diletakkan di tempat yang salah, untuk kita menjaga maruah cinta kita. Cinta adalah lumrah. Perasaan ingin mencintai dan dicintai, sayang menyayangi menjadi satu fitrah kurniaan Allah. Jangan kita cemari dan salah gunakannya. Buruk padahnya. Kita manusia biasa tidak punya kudrat untuk mengubah fitrahNya.

Mengikut puitis dari Dr. Hamka, perasaan cinta pasti ada pada setiap yang hidup, persoalannya ialah, cinta itu, cinta suci ataupun tidak???

Cinta mempunya 3 jenis
1) Cinta Agung

Cinta kepada yang Maha Esa, Yang Hakiki, Yang Berhak, Yang Maha Menyayangi dan Mengasihi, seterusnya kekasihnya iaitu junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

2) Cinta sederhana

Cinta sesama manusia atau makhluk ciptaan tuhan yang disandarkan kepada Allah iaitu cinta kepada suami, isteri, pensyarah, ibu, bapa, sahabat dan yang sewaktu dengannya.

3) Cinta Buta dan hina

Cinta yang memandu kita ke lembah kehinaan. Yang membelakangkan Allah.


Allah itu maha pengasih dan penyayang. Percayalah. Apakah terima kasih kita pada yang memberi kita pinjam aqal, boleh berfikir, mata, boleh melihat, telinga, boleh mendengar, mulut, boleh bercakap, tangan, boleh menulis, kaki, boleh berjalan. Adakah kita gunakan untuk kita berterima kasih padaNya? Dia beri kita kehidupan dunia yang indah, tetapi sementara, mengapa kita tewas? Sedangkan di Akhirat itu yang abadi. Dia minta dating dengan kita hanya 5 kali sehari, itupun kita tidak sempat. Dimana sayang kita padaNya? Konsep Hari Kekasih padaNya amat romantik. Dia Nak dating dengan kita anytime, dia tidak pernah tolak permintaan kita nak luahkan rindu kita padanya. Menurut hadis nabi, Allah amat menyukai kita mendekatkan diri padaNya, apabila kita berjalan kepadaNya, Dia berlari kepada kita, Dia amat menyayangi kita. Bagaimana dengan kita?


Valentines Day hanyalah propaganda kafir yang menyesatkan kita. Mengapa kita ikut? Tidakkah kita sayang padaNya? Mengapa kita ikut kaum yang ingkar padaNya? Ada hadis menyebut, sekiranya kita menyerupai sesebuah kaum, kita akan tergolong di dalamnya. Anda sanggup menduakan kekasih anda? Fahamilah konsep hari kekasih dalam Islam. Setiap saat kita berkasih sayang dan tiada penamatnya. Menjadi lumrah setiap yang bermula ada penamatnya. Jadi jika kita menobatkan 14 Februari adalah kemuncak, dimana akhirnya? Jika kita sandarkan kepada Allah, InsyAllah ia akan berpanjangan dan berterusan kerana Dialah yang kekal abadi.


Mengikut sejarah Valentines Day adalah hari memperingati paderi st valentines yang merupakan ikon kasih sayang. Apakah pengorbanan dia yang menobatkan dia sebagai ikon kasih sayang? Sedangkan pengobanan Rasullullah s.a.w. yang membawa sinar Islam pada kita, sehingga wasiatnya juga Rasulullah menyebut nama kita. Dimana sayang kita padanya? Apakah perancangan anda unutk 9. 03. 2009 ini? Keringnya hati kita dalam menilai yang mana haq dan batil. Janganlah kita mengikut sesuatu itu dengan membuta tuli. Selikilah hingga ke akar umbinya dan nilailah dengan aqal waras anda.


Sabtu lepas, saya pulang ke rumah lambat sedikit kerana menghadiri Usrah pada tarikh 14.02.09, kebetulan Valentines Day, saya pun tidak ingat, saya sedang menunggu KTM untuk ke Sungai Buloh jam 6.30 petang. Berapa ramai anak gadis-anak gadis yang memegang bunga di tangan mereka dengan riaknya. Ya Allah, jahilnya. Untuk apa? Itulah realiti masyarakat hari ini.Dengan sekuntum atau sejambak bunga ros, anak gadis sanggup mengorbankan kesucian, kononnya bukti kasih dan sayang... Inikah yang Islam ajarkan pada anda? Dimana Aqal waras anda yang tuhan pinjamkan. Kita hanya mampu mengaplikasikan teori ammar makruf, nahi mungkar. Kita harus menegur dengan kuasa, lidah, dan yang selemah-lemah iman ialah hati. Saya hanya mampu berdoa di dalam hati supaya mereka diberi hidayah. Satu lagi teori yang saya amalkan iaitu, taqwa, takut kepada Allah.


Sudah menjadi fitrah dan hakikat tuhan ciptakan kita berkasih sayang. Cabaran yang terbesar manusia ialah kita harus mencintai Allah dan manusia. Untuk mencintai manusia ialah dengan meletakkan Rasullullah sebagai contoh. Bagaimana cinta Rasullullah bersama para sahabat yang mampu mengalirkan air mata bersama-sama dalam perjuangan. Ada pula yang sanggup kakinya dipatuk ular untuk mengelak dari Rasullullah dipatuk ular. Sentiasa mendoakan sahabat dalam bentuk salam, Assalamualaikum yang bermaksud sejahtera ke atas kamu iaitu kita mendoakan sahabat kita dan kawan kita membalas Waalaikumsalam iaitu dengan mendoakan kita semula. Alangkah indahnya ikatan silaturrahim dan kasih sayang dalam Islam. Selain itu, berbaik sangka dalam perhubungan dan sentiasa kaji selidik sebelum bertindak. Jangan membuta tuli. Disamping sentiasa bantu membantu kerana Allah.


Cinta pada Allah bukan sebarang cinta. Cinta dan kasih sayang besar maknanya. Bukakan skop cinta anda dengan ayah yang keluar bekerja pagi-pagi kerana cinta iaitu kasih dan sayang akan anak-anaknya disamping menunaikan amanah dan tanggungjawabnya kepada Allah. Anak-anak yang belajar bersungguh-sungguh untuk mambalas jasa ibu dan bapanya disamping jihad ke jalan agama dan mempelajari ilmu Allah. Seala yang kita sandarkan pada Allah akan bersambung, berterusan, kekal lagi barakah. Allah tidak pernah benci kita, Allah maha pengampun, walau sebanyak pasir dilautan, walau setinggi langit, walau sebesar dunia, Allah tetap akan memaafkan kita. Allah sayang kita. Jika manusia, kita baru buat salah satu, dia marah dekat kita, tak nak maafkan kita, dendam kat kita. tapi Allah tidak. Allah sentiasa menunggu kehadiran kita 5 kali sehari jika masih rindu Allah beri kita jumpa denganNya bila-bila masa sahaja, pukul 3pagi, 11malam, 6petang, Allah sentiasa menanti kehadiran kita. Jika manusia, kita ke rumah jiran kita untuk meminta maaf pada jam 3pagi contohnya, adakah dia akan layan kita? mungkin dia akan panggil kita psiko. Tapi Allah tidak. Allah sentiasa suka dan gembira apabila kita mendekatkan diri padaNya. Sehingga ada hadis menyatakan sekiranya hambaku berjalan kepadaku, aku berlari kepadanya. Allah amat sayangkan kita. Jika manusia, dia akan merasa rimas dan jemu, asik muka ini sahaja yang datang. Allah tidak pernah benci kita.


Jadikanlah Allah sebagai puncak kasih kita supaya kita dapat balasan dan hadiah dariNya iaitu syurda firdausi yang kekal abadi. Di akhirat kelak Allah akan memanggil hambaku yang cinta dan sayang kepadaku, berbahagialah di bawah naungan Arasy Allah. Cinta kepada Allah membawa ke syurga, cinta buta dan hina membawa ke neraka. Salurkan cinta gila anda ke jalan yang betul kerana the power of love membuatkan kita gila. Letakkan cinta agung ini ditempatnya kerana kita memerlukanNya

1 ulasan:

  1. erm..nice entry..tp panjang sangat la.
    lmbat comment..biase la, org yg baru nak berjinak2 ngan blog ni..

    BalasPadam