Khamis, 12 Mac 2009

Petua cergas dan ceria


Assalamualaikum....

Kali ini kite berkongsi tentang petua cergas. Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dengan mengalami kepenatan. Kita bukan robot yang hanya menggunakan bateri. Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan. Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan diri daripada membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah sallahu'alaihi wasallam kepada puteri kesayangannya, Sayidatina Fatimah, sebagai penawarnya.

Pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti. Sayidina Ali berkata "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu". Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun, Rasulullah sallahu'alaihi wasallam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda berkata "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku?Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah Subhaanallaah 33kali, bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33kali. Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saiyidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu.Katanya "Demi Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada ku".

Dicadangkan kepada ibu, suami, mahasiswa dan mahasiswi atau sesiapa sahaja yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan petua cergas dibawah


  1. berzikirlah Subhanallah 33 kali,



  2. bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali



  3. bertakbir Allahuakbar 33 kali



Amalkan pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita.

Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. Semoga kita dapat sama-sama mengamalkannya dengan niat yang ikhlas kerana Allah.

Mafhum Sabda Rasulullah. "Sebarkan lah ajaran ku walaupun satu ayat, Nescaya Allah memperbaiki bagi mu amalan-amalan mu dan mengampuni bagi mu dosa-dosa mu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar".







wassalam..

3 ulasan:

  1. Erm..keletihan @ kelesuan tu mmg la lumrah makhluk.tapi tak bleh jadikan alasan. istirahat mmg la penting, tapi berpada2 la gak..tido bukan jalan penyelesaian, kalu dah berlebihan lagi penat ade la.
    kalu waktu siang, elok tido beberapa minit sebelom zohor..dlm 15 minit dah ckup.

    BalasPadam
  2. semoag dpt kita sma2 amalkan..tntu indah...

    BalasPadam
  3. moga Allah merahmati mu, tuan puteri..

    BalasPadam