Jumaat, 27 Mac 2009

Pilihan idola for muslimah (SITI....)


Assalamualaikum.... Kali ini kite berkenalan dengan kehebatan tokoh-tokoh Islam yang bermula dengan Siti... Diambil dari email yang dikirim oleh kawan saya untuk perkongsian bersama...




Siti KhadijahBeliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.




Siti FatimahAnak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.




Siti A’ishahBeliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.




Siti HajarIsteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).




Siti MariamWanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.




Siti AsiahIsteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.




Siti AminahWanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.




Siti Muti’ahIsteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.




Siti ZubaidahWanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.




Mane satu pilihan anda kaum muslimah?

Ahad, 22 Mac 2009

Kenapa? Kenapa? Kenapa?



......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !

......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !

......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !

......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !



......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !

......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !

......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid!

......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !



......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !

......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !

......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !

......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !

......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan
keimanan kita !

......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !





TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

Sabtu, 21 Mac 2009

Virus maksiat!!!!

Assalamualaikum.... Kali ini kita kongsi tentang virus maksiat yang akan menyebabkan hati mati. Dimana, sesungguhnya seorang hamba jika melakukan dosa, maka terbentuklah noda hitam dalam hatinya. Jika ia melepaskan dosa, istighfar dan taubat, bersihlah hatinya. Ketika mengulangi dosa lagi, bertambahlah noda hitamnya, sehingga menguasai hati. Itulah yang disebutkan dalam Al-Qur’an. Untuk menghindarkan diri dari terjebak ke lembah kemaksiatan, manusia harus melakukan ketiga-tiganya, yaitu:

  1. Menguatkan keimanan dan hubungan hati dengan Allah swt. dengan sentiasa mengikhlaskan segala amal perbuatan hanya karena Allah.
  2. Mengendalikan rasa marah, kerana marah merupakan sumber dari kezaliman yang dilakukan oleh manusia.
  3. Menahan diri dari syahwat yang menggoda manusia sehingga tidak jatuh kepada perbuatan zina dan maksiat.

Beberapa pengaruh maksiat diantaranya:

1. Lalai dan keras hati

Al-Qur’an menyebut bahawa orang-orang yang bermaksiat hatinya akan menjadi keras membatu.

“Kerana mereka melanggar janjinya, kami kutuki mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membatu. mereka suka mengubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka Telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat pengkhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), Maka maafkanlah mereka dan biarkan mereka, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ma-idah: 13)

Berkata Ibnu Mas’ud r.a., “Saya menyakini bahwa seseorang lupa pada ilmu yang sudah dikuasainya, kerana dosa yang dilakukan.”

Orang yang banyak melakukan dosa, hatinya keras, tidak sensitif, dan susah diingatkan. Itu suatu musibah yang terbesar. Bahkan disebutkan dalam sebuah riwayat bahwa orang yang sentiasa berbuat dosa, hatinya akan dikunci mati, sehingga keimanan tidak dapat masuk, dan kekufuran tidak dapat keluar.

2. Terhalang dari ilmu dari rezeki

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya” (HR Ibnu Majah dan Hakim)

Berkata Imam As-Syafi’i, “Saya mengadu pada Waqi’i tentang buruknya hafalanku. Beliau menasihatiku agar meninggalkan maksiat. Dan memberitahuku bahwa ilmu adalah cahaya. Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang bermaksiat.”

Orang yang banyak melakukan dosa waktunya banyak dihabiskan untuk hal-hal yang kecil dan tidak berguna. Tidak untuk mencari ilmu yang bermanfaat, tidak juga untuk mendapatkan nafkah yang halal. Banyak manusia yang masuk dalam model ini. Banyak yang menghabiskan waktunya di meja judi dengan menikmati minuman haram dan disampingnya para wanita murahan yang tidak mempunyai rasa malu. Sebahagian yang lain asyik dengan hobinya. Ada yang hobi memelihara burung atau binatang peliharaan yang lain. Sebahagian lain, ada yang hobinya mengumpulkan barang antik meskipun harus mengeluarkan duit yang tak sedikit. Sebagian yang lain hobi belanja atau sibuk ulang-alik ke salon kecantikan. Seperti itulah kualiti hidup mereka.

3. Kematian hati dan kegelapan di wajah

Berkata Abdullah bin Al-Mubarak, “Saya melihat dosa-dosa itu mematikan hati dan mewariskan kehinaan bagi mereka yang melakukannya. Meninggalkan dosa-dosa menyebabkan hidupnya hati. Sebaik-baiknya bagi dirimu meninggalkannya. Bukankah yang menghancurkan agama itu tidak lain para penguasa dan ahli agama yang jahat dan para rahib.”

Sungguh suatu malapetaka yang besar jika hati seseorang itu mati disebabkan kerana dosa-dosa yang dilakukannya. Dan perangkap dosa yang dikejar oleh majoriti manusia adalah harta dan kekuasaan. Mereka mengejar harta dan kekuasaan seperti serangga masuk ke dalam unggun api.

Tanda seorang bergelumang dengan dosa terlihat di wajahnya. Wajah orang-orang yang jauh dari air wudhu dan cahaya Al-Qur’an adalah gelap tidak elok dipandang.

4. Terhalang dari penerapan hukum Allah

Penerapan hukum Allah berupa syariat Islam di muka bumi adalah rahmat dan kurnia Allah dan memberikan keberkahan bagi penduduknya. Ketika masyarakat kebanyakannya yang melakukan kemaksiatan, maka mereka akan terhalang dari rahmat Islam tersebut. (Lihat Al-Maa-idah: 49 dan Al-A’raaf: 96)

5. Hilangnya nikmat Allah dan potensi kekuatan

Di antara nikmat yang paling besar yang diberikan Allah kepada hamba-Nya adalah pertolongan dan kemenangan. Sejarah telah membuktikan bahwa pertolongan Allah dan kemenangan-Nya diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang taat. Sebaliknya, kekalahan dan kehancuran disebabkan kerana maksiat dan ketidaktaatan.

Kisah Perang Uhud seharusnya menjadi pelajaran bagi orang-orang beriman. Ketika sebahagian pasukan perang sibuk mengejar harta rampasan dan begitu juga pasukan pemanah turun dari gunung ikut untuk memrebut harta rampasan. maka terjadilah musibah luar biasa. Korban berguguran di kalangan umat Islam. Rasulullah saw. pun berdarah-darah dan terluka.

Kisah penghancuran Kota Baghdad oleh pasukan Tartar juga terjadi kerana umat Islam bergelumang dengan kemaksiatan. Khilafah Islam pun runtuh, selain dari faktor adanya konspirasi internasional yang melibatkan Inggeris, Amerika Syarikat, dan Israel, kerana umat Islam berpecah belah dan kemaksiatan yang mereka lakukan.

Umar bin Khattab berwasiat ketika melepaskan tenteranya berperang: ”Dosa yang dilakukan tentara (Islam) lebih aku takuti dari musuh mereka. Sesungguhnya umat Islam dimenangkan karena maksiat musuh mereka kepada Allah. Kalau tidak demikian kita tidak mempunyai kekuatan, kerana jumlah kita tidak sepadan dengan jumlah mereka, kelengkapan kita tidaklah dapat manandingi dengan kelengkapan mereka. Jika kita sama dalam berbuat maksiat, maka mereka lebih memiliki kekuatan. Jika kita tidak dimenangkan dengan keutamaan kita, maka kita tidak dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.”

Oleh kerana itu umat Islam dan para pemimpinnya harus berhati-hati dari terjebak dengan cinta dunia dan cita-cita kekuasaan. Jauhi segala harta yang meragukan apalagi yang jelas haramnya. Kerana harta yang syubhat dan meragukan, tidak akan membawa keberkahan dan akan menimbulkan perpecahan serta fitnah. Kemaksiatan yang dilakukan oleh individu, keluarga, dan masyarakat akan menimbulkan hilangnya nikmat yang telah diraih dan akan diraih. Dan melemahkan segala potensi kekuatan. Waspadalah!

wassalam...

Rabu, 18 Mac 2009

Sekadar renungan bersama



"Janganlah terlalu cepat jatuh cinta dan terpedaya oleh manisnya senyuman, kerana memandang awan yang tebal itu pada mulanya juga kelihatan cahaya terang, dan janganlah tertipu dengan senyuman, sesunngguhnya racun itu kadangkala dalam manisan"

Khamis, 12 Mac 2009

Petua cergas dan ceria


Assalamualaikum....

Kali ini kite berkongsi tentang petua cergas. Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dengan mengalami kepenatan. Kita bukan robot yang hanya menggunakan bateri. Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan. Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan diri daripada membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah sallahu'alaihi wasallam kepada puteri kesayangannya, Sayidatina Fatimah, sebagai penawarnya.

Pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti. Sayidina Ali berkata "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu". Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun, Rasulullah sallahu'alaihi wasallam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda berkata "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku?Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah Subhaanallaah 33kali, bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33kali. Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saiyidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu.Katanya "Demi Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada ku".

Dicadangkan kepada ibu, suami, mahasiswa dan mahasiswi atau sesiapa sahaja yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan petua cergas dibawah


  1. berzikirlah Subhanallah 33 kali,



  2. bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali



  3. bertakbir Allahuakbar 33 kali



Amalkan pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita.

Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. Semoga kita dapat sama-sama mengamalkannya dengan niat yang ikhlas kerana Allah.

Mafhum Sabda Rasulullah. "Sebarkan lah ajaran ku walaupun satu ayat, Nescaya Allah memperbaiki bagi mu amalan-amalan mu dan mengampuni bagi mu dosa-dosa mu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar".







wassalam..

Isnin, 9 Mac 2009

Awak setuju tak???







  1. Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada tujuan hidup di dunia yang sementara ini adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Allah SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAllah di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.
  2. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Allah SWT, awak mestilah redha bahawa Allah adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah untuk memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
  3. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Allah adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.
  4. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
  5. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah bagi memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.
  6. Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang sohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.
  7. Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Allah SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.
  8. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.
  9. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.
  10. Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.
  11. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.
  12. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.
  13. Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.
  14. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.
  15. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.

Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Semoga kita mendapat redha Allah SWT.

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=84952&mode=thread&order=0&thold=0 .:.

Seribu satu alasan

Assalamualaikum...

Dah lame ana tak update blog... Ana minta maaf semua... Ana sibuk sedikit dengan midterm teori kaunseling, asas perkembangan manusia, ulum quran dan hadis, sosiologi islam, and so on... Kali ini kiter share mengenai dakwah... Pendapat ana, tiada sebab bagi seseorang itu enggan berdakwah. Dakwah ada banyak cara, ana rasa semua sedia maklum. Ana nak share dekat sini tentang seribu satu alasan seseorang hamba Allah yang akhirnya kecundang. Insyaallah...

ZAMAN SEKOLAH
1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...
3. ‘Parents i’ tak bagi le...
4. Aku takut nanti ganggu akademik.
5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ
1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.
2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana. 3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR
1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.
2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.
3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.
4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA
1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...
2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...
3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal. 4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?


ZAMAN KAHWIN
1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.
2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?
3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.
4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL
1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...
2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH
1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?
2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...
3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?
4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...



ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN
1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.
2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?
3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.
4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.
5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.

ZAMAN DALAM KUBUR
1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!
2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....
3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!
4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?
5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!
6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?
7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll.........!!!
Aku menyesallllll.........!!!
Aku menyesallllll.........!!!

p/s moral value kat cni, marilah kita sama-sama berdakwah, walaupun sedikit, tetapi konsisten, bermanfaat dan bermakna untuk orang lain disamping kita dapat ganjaran dariNya. Saling tegur menegur jadikan amalan supaya kita sama-sama ke Jannatulfirdausi. Tiada manusia yang sempurna, tetapi kita harus cuba untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik....

"Berdakwah itu wajib bagi setiap muslim"

Wassalam....