Bersama Kumpulan Pertama Masuk Islam
Apakah merupakan suatu kebetulan saja dalam sejarah Islam kalau yang pertama masuk Islam adalah seorang wanita? dan yang pertama mati syahid dalam Islam juga adalah seorang wanita? Tetapi inilah yang terjadi ALLAH S.W.T. telah menciptakan Khadijah binti Khuwailid ummul mukminin sebagai muslimah pertama ketika beliau menjawab dakwah Rasullullah dan orang yang pertama sekali mati syahid dalam sejarah Islam adalah seorang wanita. Namanya Sumayyah binti Khubath ibu Ammar bin Yassir. Berbicara mengenai sejarah hidup Sumayyah bin Khubath sangat menyenangkan hati. Satu cerita yang sangat menyentuh hati, dan menarik hati. Kehidupannya dimulai dengan berbagai cubaan kecil. Namun dia berhasil keluar dari cubaan tersebut dengan kemenangan yang besar. Iaitu mati syahid di jalan Allah. Namanya telah tersenarai dalam nama-nama orang yang mati syahid, orang-orang yang hidup disisi Allah dan diberikan rezeki, mereka gembira dengan balasan Allah yang telah diberikan kepada mereka. Marilah kita melalui perjalanan kita bersama sejarah hidup sahabat wanita yang pertama mati syahid dalam sejarah Islam. Namanya Sumayyah bin Khubath, ibu sahabat Yassir, semoga Allah sentiasa meredhai roh keluarga mereka.
TIGA ASAS KUKUH
Salah seorang anak Amir bin Malik yang berasal dari Yaman telah lama pergi menuju ke bandar Makkah namun dia belum kembali. Maka, saudara-saudara keluar mencarinya, mereka adalah Yasir, Harith dan Malik. Semuanya anak-anak Amir. Sampai di Mekkah mereka tidak menemui saudara mereka itu. Akhirnya dua orang anak Amir memutuskan untuk ke Yaman. Sementara Yasir menetapkan untuk tinggal di Mekkah. Yasir bin Amir hidup bersendirian di Mekkah. Tradisi pada saat itu memaksanya untuk bersekutu dengan kaum Bani Makhzum. Yassir bersekutu dengan Abu Huzaifah. Dia hidup dibawah perlindungan Abu Huzaifah. Akhirnya Abu Huzaifah menikahkan Yasir dengan seorang hambanya bernama Sumayyah bin Khubath. Hasil dari pernikahan Yasir memperolehi seorang anak bernama Ammar. Dengan kelahiran Ammar bin Yasir terlepas Sumayyah dari perhambaan. Sejak itu, terbentuklah sebuah keluarga yang bahagia. Mereka hidup bersama Abu Huzaifah sehingga mereka meninggal dunia. Cerita tentang keluarha ini, mulai melonjak ketika Allah mengutuskan rasulnya dengan Islam. Ammar dan kedua orang tuanya masuk Islam, Ddngan demikian ternentuk tiga asaa yang kuat dalam Islam iaitu Ammar dan kedua orang tuanya. Sejarah mulai mencatat tentang kesabaran keluarga ini dalam mempertahankan Islam yang baru muncul di Makkah. Salah seorang dari keluarganya yang terkenal dengan kesabarannya ialah Sumayyah.
MENGISYTIHARKAN KEISLAMANNYA
Allah telah memuji orang yang terawal masuk Islam, dan dia terangkan tempat kembali mereka. Dalam firmannya yang bermaksud,
"dan orang-orang dahulu yang terdahulu masuk Islam, mereka itu orang hampir disisi tuhan dalam syurga memperoleh kesenangan...................."{surah Al-Waqiqh 10-12}
ketika Islam muncul Sumayyah berada dalam barisan terdepan. Wanita-wanita mukminah bahkan dapat dikatakan Sumayyah orang yang pertama berbicara dengan orang Musyrikin tentang keislamannya. Namanya berada peringkat ketujuh dalam senarai orang yang terawal masuk Islam. Ibnu Astir berkata "Sumaiyah adalah orang yang ketujuh daripada tujuh orang yang terawal masuk Islam dan termasuk dalam orang yang mendapat siksaan berat dalam mempertahankan Islam". Ibnu Ma'sud berkata "orang pertama yang masuk Islam ada tujuh, mereka adalah Rasullullah, Abu bakar, Bilal, Khabbab, Shuhaib, Ammar, dan Sumayyah."
SABAR MENGHADAPI CABARAN
Tidak dikenali dalam sejarah seorang wanita yang memiliki kesabaran seperti Sumayyah. Beliau telah menjadikan kesabaran sebagai tanda baginya. Tidak ada keraguan kalau orang yang sabar akan mendapat balasan tanpa batas. Cuba bayangkan orang yang lemah dan berumur, boleh bertahan dan sabar menghadapi orang-orang yang hatinya lebih keras daripada batu. Padahal, sebahagian daripada batu terpancar air sungai daripadanya. Beliau menghadapi banyak cubaan dan siksaan hanya kerana dia beriman kepada Allah S.W.T. Dia tidak mengalami siksaan seorang diri, tetapi seluruh keluarganya mengalami hal yang sama. Tubuh mereka hancur akibat dari sebatan orang Musyrikin. Hanya dengan iman yang kuat bagaikan gunung yang kukuh berdiri yang tidak terpengaruh dengan pukulan ombak. Para pemimpin Musyrikin hairan dengan kesabaran mereka. Perbuatan (kaum musyrikin) semakin menambah amal buruk mereka. Sumayyah bersama keluarga telah mencatat sebuah sejarah manis. Imam Baihaqi telah meriwayatkan secara lengkap dengan sanadnya daripada Jabir bin Abdillah " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berjalan melintasi Ammar dan keluarganya, mereka sedang diseksa. Maka Rasullullah berkata"Bergembiralah kamu wahai keluarga Yassir! kerana sesungguhnya balasan bagi kamu sekalian adalah syurga"
WANITA PERTAMA MATI SYAHID
Kumpulan yang pertama mati syahid adalah Yasir, suami Sumayyah ketika dia mati syahid, setelah diseksa oleh kaum musyrikin. Sumayyah telah diberikan oleh Abu Huzaifah kepada anak saudara Abu Jahal. Abu Jahal telah menyeksa Sumayyah supaya Sumayyah meninggalkan Islam. Usaha Abu Jahal telah gagal. Setiap kali Abu Jahal berkata padanya "Kamu beriman kepada Muhammad semata-mata kerana tertarik dengan ketampanannya" Sumayyah tidak menjawab. Setiap kali Abu Jahal menyeksa lebih kuat, semakin kuat Sumayyah bertahan. Dia tidak mempedulikan seksaan yang dialaminya demi mempertahankan agama Islam. Ketika Abu Jahal berasa putus asa melihat ketabahan Sumayyah, dia menusuk kemaluan Sumayyah dengan sebatang tombak. Akhirnya Sumayyah mati syahid dengan penuh kerelaan untuk bertemu dengan penciptanya. Sumayyah mati syahid pada tahun ke enamsejak Rasulullah diutuskan. Wanita pertama yang syahid dalam Islam.
Isnin, 26 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan