Jumaat, 19 Jun 2009

Holiday at sabah -5

Salam semua.... Semoga semua berada dalam limpah rahmat dan kasih sayang dariNya.. Mawar dah lame sangat tak update blog.. Biasela dok umah ni ader je benda yang nak dibuat.. hmmmm mawar nak tambah sikit lagi tentang holiday mawar yang mawar nak kongsikan dengan semua... Last day mawar kat sabah...

24 May 2009







Pagi-pagi lagi mawar gan anak buah mawar dah terjun kat dalam swimming pool hotel promenade... Mawar nak tengok anak buah mawar "iman" yang dah pandai berenang.. Mawar ni entah bile nak blaja berenang... hehehe



Dalam jam 9 mawar bergerak ke pasar gaya / Gaya Street / pasar Tamu.. Pasar ni besar dan panjang.. ala-ala macam chow kit road... kat cni mawar beli baju, kraftangan, brooch, gelang...


pasar ni memang sesak... susah nak cari parking, kalo ade tempat parking pun mahal sikit, daripada pusing-pusing mengabiskan minyak kete cari parking, apetah lagi kene saman... huhuhu



Than, mawar jalan-jalan kat UMS (Universiti Malaysia Sabah), Masjid Kota Kinabalu, and One Borneo... One Borneo ni satu shopping complex yang besar and highclass la, ala-ala KLCC.... mawar jalan-jalan je... tak beli pape pun....








Lastly mawar ke hospital likas, rumah kawan angah mawar.... Dr. Suzanna yang lebih senang dikenali sebagai Kak Ijan...

Mawar pun bergerak ke LCCT.... Mawar jalan-jalan di kedai dalam LCCT, barang-barang kat cni memang mahal!


Jam 7 mawar check in tapi flight delay jam 9 malam... so, sampai kat KL 11.30pm.. mawar agak letih dalam kapal terbang...

Tempat yang mawar sempat lawat di Sabah sikit jer...
  1. Pasar Filiphine
  2. Pasar malam filiphine
  3. UMS
  4. One Borneo
  5. Centre point Sabah
  6. Pulau Manukan
  7. Yayasan Sabah
  8. Salut(tempat makan lokan bakar&puding kelapa)
  9. Masjid Kota Kinabalu
  10. Gaya street
  11. Hospital Likas
  12. Taman Rekreasi Kota Kinabalu
Apa yang boleh mawar simpulkan disini, Sabah tanah air mawar... sabah negeri yang sangat bersih dan cantik, orangnya peramah, humble dan suka menolong orang.. budaya dalam masyarakat sabah masih belum tercemar... mawar suka pegi sabah... mawar nak pegi lagi nanti... hehehe

Mawar nak ucapkan jutaan terima kasih kepada angah, abang lan & iman yang menghadiahkan mawar percutian ke sabah atas kejayaan SPM mawar dulu.. Mawar akan ingat sampai bile-bile.. Ini kenangan terindah dalam hidup Mawar... Mawar selalu mendoakan kesejahteraan angah di dunia dan akhirat... Terima kasih Angah... Angah kakak yang mawar sayang... Mawar sayang ANGAH!!!




Selasa, 26 Mei 2009

Holiday at Sabah-4



23 May 2009



Jam 9.30 mawar ke Jeti Jessolton untuk ke Pulau Manukan.


Lebih kurang 30 minit sampai ke Pulau Manukan dengan menaiki bot. Pemandangan semasa di dalam bot sangat indah dengan deretan bangunan di tepian pantai. Seorang RM17 untuk satu pulau. Satu pakej dengan snorkle set iaitu kaki itik, snorkle dan google berharga RM20. Kat Jesselton poin ade charge servis, kat pulau manukan pun ade charge servis RM3.


Apabila sampai, mawar sangat teruja dengan keindahan pantai di Pulau Manukan. Air yang jernih dan ikan yang berwarna-warni.

Mawar tak sabar untuk snorkle di dalam laut. Mawar tukar baju dan terus terjun. huhuhuhu.

tandas disini free, bersih dan puas hati.





Subhanallah! indahnya ciptaanMu.





Mawar berenang bersama ikan yang comel dan unik.



ikan-ikan unik ini sangat cantik dan peramah juge.





Bila mawar baling roti, ikan itu akan serbu. Ya Allah indahnya ciptaanmu.



Pulau ini sangat cantik.



Semasa pulang, mawar agak penat juga tapi seronok, walau kulit jadi udang panggang cz sunburned. Mawar rasa tak nak balik je. Nak duduk kat pulau je. hehehe.

Tips ke Pulau Manukan:
  1. Beli tiket bot di kaunter untuk elak ditipu
  2. Beli snorkle set bersama pakej bot lebih murah
  3. Bawa makanan dan banyakkan minuman kerana makanan di pulau mahal
  4. Bawa roti untuk kasi ikan makan
  5. Jangan lupe bawa sunblock, kalo tak balik jadi india... hehehehe
  6. snorkle selepas jam 9 pagi kerana sebelum waktu tu ade obor-obor yang bahaye.
  7. Sewa snorkle set complete supaya selamat dan menjadikan ia sangat bermakna dalam hidup anda.
  8. Bersedia melihat keindahan ciptaan Tuhan

Holiday at Sabah-3


22 May 2009

Jam 6.30pm azan maghrib berkumandang. Mawar solat dan bersiap untuk ke centre point Sabah, Warisan Square, pasar malam, yang mawar tidak pasti namanya dimana ia berhadapan dengan hotel meridien.



Centre point dan warisan square merupakan shopping kompleks yang sama macam kat KL. Ada padini, mc D, Watson, dan lain-lain. tempat yang agak memboringkan bagi mawar kerana tempat yang sama macam kat KL. Maybe sebab something yang sama dengan KL.

Pasar malam di Sabah membuatkan mawar teruja. pasar malam yang besar, bersih, dan sistematik. Pada siang hari, mawar lalu di jalan tempat pasar malam, ianya kosong dan sangat bersih. tetapi pada waktu malam, ianya menjadi kawasan yang sangat sibuk. barang-barang pun sangat murah dan fresh.


Di bahagian hujung pasar malam ini terdapat satu tempat dimana tempat makan. Disini, terdapat banyak pilihan tempat makan. Disini mawar makan seafood puas-puas.


Udang, sotong, ikan sangat besar sampai nak muntah menghabiskannya. Di sini juga terdapat rumpai laut yang boleh dimakan dengan nasi.



Ape yang special, disini kita boleh minta sambal bancuh dimana peniaga akan buat di depan kita dan chicken wing. rasa dia, jangan cakapla. Memang marvelous. Makanan sangat sedap, dan fresh. harga pun tak mahal sangat.



Sebelum pulang mawar merayau tengok ikan yang fresh dan dijual sangat murah. Sayur juga fresh dari kundansang iaitu gunung kinabalu. mawar membeli cangkerang untuk hiasan di meja study.hehehe dan mawar membeli buah untuk makan di dalam hotel nanti.



semasa mawar merayau-rayau di pasar malam itu, mawar ditegur oleh seorang budak lelaki. Budak itu berkata, mau saya tolong angkat barangnya kak? sambil memegang plastik. mawar berasa sungguh terharu kerana budak ini sangat baik hati. mawar tersenyum dan terus menghulurkan sedikit wang dan bercakap tak pe.

mawar kagum dengan budak itu kerana dia dididik dengan betul kerana mereka tidak diajar mencuri. Dia pandai berdikari untuk hidup walau dalam kasempitan. Semoga Allah merahmati budak itu.


Di shopping kompleks dan pasar malam adalah dua kasta yang berbeza tetapi kasta di pasar malam itu membuatkan mawar impress kerana ketulusan niat untuk menolong, orang yang peramah, barang yang fresh dan murah. perbezaan yang sangat besar.

Tips di pasar malam sabah:
  1. pilih tempat makan yang peniaga memakai tudung
  2. ambil makanan yang tak besar sangat kerana mahal, kalau beli yang kecil sangat murah walau banyak.
  3. jangan lupa minta sambal bancuh kerana lagi sedap dari sambal belacan
  4. beri wang banyak sikit pada budak yang ingin membawa barang.
  5. banyakkan beli buah tangan disini kerana murah dan sangat murah kalau pandai manawar

Isnin, 25 Mei 2009

Holiday at Sabah-2








22 May 2009

Jam 11am mawar ke Yayasan Sabah. Bangunan ini menjadi kebanggaan warga Sabah. Bangunan ini dibina pada tahun 197..an. Tingkat 18 bangunan ini, boleh berputar. Bangunan ini melambangkan kecanggihan teknologi di Sabah.





Jam 12.30am, perut pun lapar. Mawar makan di salut. Apa yang special disini ialah puding kelapa dan lokan bakar. Sangat mengiurkan dan murah.

Puding kelapa ialah puding berperisa air kelapa di dalam buah kelapa. Memang sedap. Lagi-lagi semasa cuaca panas. Lokan bakar pula macam kerang tapi berbentuk besar. memang marvelous makan dengan nasi atau soto.

Soto pula ada tiga pilihan, soto ayam, sato daging atau soto campur. Apa yang membezakan soto semenanjung dengan sabah ialah, soto sabah bersayurkan timun sahaja.

Mawar tak penah jumpa puding kelapa dan lokan bakar di semenanjung.

Tips untuk makan di sabah:
  1. makan di restoren owner melayu, bukan Cina
  2. kita akan dihidangkan sup walau kita makan nasi lemak

Holiday at Sabah-1



Salam semua... Kita berjumpa lagi kali ini. Semoga semua sihat sejahtera dibawah kasih dan hidayah dariNya yang Maha Penyayang.

Mawar rindu nak add blog. kali ini mawar nak berkongsi dengan semua tentang percutian mawar di Sabah yang sangat menyeronokkan dan menyimpan seribu satu kenangan dalam hidup mawar. Sabah juga merupakan tempat kelahiran mawar. Thats why mawar exhited ke tanah airku. hehe

Subhanallah.. Mawar melihat keindahan ciptaanNya. Ya Allah kaulah yang Maha Pencipta. Merasa diri ini sangat kerdil dengan kekuasaanmu Ya Allah. Keindahan ciptaanmu amat kukagumi.

21 May 2009


Jam 4pm mawar bertolak dari rumah. Mawar ke rumah kakak ipar angah di Salak Tinggi untuk hantar kami ke LCCT. Semasa perjalanan ke rumah kakak ipar angah, hujan lebat sangat. Kami sampai, kami tumpang sembahyang, minum petang dan bertolak ke LCCT.


Jam 6pm kami sampai di LCCT, check in barang dan solat jamak di LCCT. Sebelum masuk mawar makan di Asia House dan jalan-jalan di kedai buku. Bording pass mawar AK 5122, gate P11, bording time 1900, seat 5E. Mawar dah lame tak naik flight. Airasia comfortable, stewardes friendly, dalam flight tak ramai orang. Perjalanan ke Kota Kinabalu around 2.30 jam. Hmmm tapi naik airasia macam bas mini. hehe. its ok. doesnt matter.

Jam 10 mawar sampai di Kota Kinabalu international airport. Tunggu di imegration, ambil beg, dan terus ke Hotel Promenade. Sampai di hotel mawar tukar baju dan tidur. ZZzzzz.

22 May 2009

Jam 5am mawar bangun untuk solat subuh. Disini syuruk jam 5.55am. aaaaa mengantuk. mase yang berbeza dengan semenanjung.

Jam 9am mawar bersarapan dan bersiap untuk ke Pasar Filipina. Barang-barang di sini sangat murah. Peniaga yang ramah dan tidak mendesak pembeli. Keadaan disini juga bersih dan tidak busuk. Jangan tak pecaya, disini tiada seekor lalat pun.

Disini terdapat 3 buah pasar berbeza, pertama menjual buah-buahan dan makanan, kedua barang kraftangan dan yang ketiga barang basah seperti sayur ikan dan lain-lain. Mawar melawat di pasar kraftangan untk membeli buah tangan buat keluarga, kawan-kawan dan tak lupa lecturer yang mawar sayangi.

Disini juga ada tailor yang menyediakan perkhidmatan. Yang mawar pelik, semuanya tailor lelaki, tiada pun tailor perempuan.

Tips di pasar filipina:
  1. beli barang banyak-banyak dalam satu kedai supaya boleh dapat murah.
  2. pandai tawar menawar dengan peniaga, boleh dapat murah

Khamis, 21 Mei 2009

Happy holiday...


Salam ukhwah semua...

Alhamdulillah kita jumpa lagi kali ini. Semoga semua dibawah rahmat dan hidayah dariNya yang Maha penyayang. Atas pakej kehidupan yang dipinjamkan hari ini tanpa bayaran. Syukur atas oksigen, jariku, aqal fikiranku, ilham ini, mate yang melihat, telinga yang mendengar alunan nasyid kegemaranku, ibu dan ayah, kehidupan yang indah dan segala limpahan pemberianMu kepadaku.

Mawar sibuk sikit beberapa hari ini. Nak siapkan barang-barang ke Sabah. Hari ini jam 7.30pm mawar akan berangkat ke Sabah. Semua doakan mawar selamat pergi dan pulang. Mawar pulang ke semenanjung pada 24 Mei jam 8pm. Ok jumpa lagi.