Isnin, 25 Mei 2009

Holiday at Sabah-1



Salam semua... Kita berjumpa lagi kali ini. Semoga semua sihat sejahtera dibawah kasih dan hidayah dariNya yang Maha Penyayang.

Mawar rindu nak add blog. kali ini mawar nak berkongsi dengan semua tentang percutian mawar di Sabah yang sangat menyeronokkan dan menyimpan seribu satu kenangan dalam hidup mawar. Sabah juga merupakan tempat kelahiran mawar. Thats why mawar exhited ke tanah airku. hehe

Subhanallah.. Mawar melihat keindahan ciptaanNya. Ya Allah kaulah yang Maha Pencipta. Merasa diri ini sangat kerdil dengan kekuasaanmu Ya Allah. Keindahan ciptaanmu amat kukagumi.

21 May 2009


Jam 4pm mawar bertolak dari rumah. Mawar ke rumah kakak ipar angah di Salak Tinggi untuk hantar kami ke LCCT. Semasa perjalanan ke rumah kakak ipar angah, hujan lebat sangat. Kami sampai, kami tumpang sembahyang, minum petang dan bertolak ke LCCT.


Jam 6pm kami sampai di LCCT, check in barang dan solat jamak di LCCT. Sebelum masuk mawar makan di Asia House dan jalan-jalan di kedai buku. Bording pass mawar AK 5122, gate P11, bording time 1900, seat 5E. Mawar dah lame tak naik flight. Airasia comfortable, stewardes friendly, dalam flight tak ramai orang. Perjalanan ke Kota Kinabalu around 2.30 jam. Hmmm tapi naik airasia macam bas mini. hehe. its ok. doesnt matter.

Jam 10 mawar sampai di Kota Kinabalu international airport. Tunggu di imegration, ambil beg, dan terus ke Hotel Promenade. Sampai di hotel mawar tukar baju dan tidur. ZZzzzz.

22 May 2009

Jam 5am mawar bangun untuk solat subuh. Disini syuruk jam 5.55am. aaaaa mengantuk. mase yang berbeza dengan semenanjung.

Jam 9am mawar bersarapan dan bersiap untuk ke Pasar Filipina. Barang-barang di sini sangat murah. Peniaga yang ramah dan tidak mendesak pembeli. Keadaan disini juga bersih dan tidak busuk. Jangan tak pecaya, disini tiada seekor lalat pun.

Disini terdapat 3 buah pasar berbeza, pertama menjual buah-buahan dan makanan, kedua barang kraftangan dan yang ketiga barang basah seperti sayur ikan dan lain-lain. Mawar melawat di pasar kraftangan untk membeli buah tangan buat keluarga, kawan-kawan dan tak lupa lecturer yang mawar sayangi.

Disini juga ada tailor yang menyediakan perkhidmatan. Yang mawar pelik, semuanya tailor lelaki, tiada pun tailor perempuan.

Tips di pasar filipina:
  1. beli barang banyak-banyak dalam satu kedai supaya boleh dapat murah.
  2. pandai tawar menawar dengan peniaga, boleh dapat murah

1 ulasan:

  1. di sabah trus terang sy bg tau...
    x ada tailor pompuan...hahaha....
    itu lar yg unik d sabah...
    mna2 daerah....street tailor suma llki...
    kecuali yg dlm kedai jahit baju kurong...
    hahaha

    BalasPadam