
Assalamualaikum....
Ape kate, malam nanti kite tido awal, nanti dalam pukul 2,3,4 kita bangun, kita jumpa dengan Dia.. Kita boleh minta ape-ape yang kita nak.. Mesti dia makbulkan... sebab, "
Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku? lalu Aku kabulkan. Siapakah yang mau meminta kepada-Ku? lalu Aku kabulkan. Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku? lalu Aku ampuni'"
Sayangnya dia dekat kite. Jom kita jumpa Dia, mungkin dia rindu sangat dekat kita. Kita boleh hapuskan dosa, elak dari lupa, jadi cerdik pandai, ingatan yang mantap dan banyak lagi... Banyak faedah dia... Jom kita kongsi ape kelebihan tahjud dari sebuah hadis...
- lahir tanda-tanda ketaatan pada wajahnya
- dipelihara dari segala bala dan bencana
- disukai oleh hamba yang soleh dan manusia
- lidahnya bertutur dengan kata-kata hikmah
- menjadikan seseorang itu bijaksana iaitu diberi ilmu hikmah yang rahsia dan mendalam.
- dikurniakan kesihatan yang baik dan dihindari dari penyakit.
- mendapat ilmu hikmah dikurniakan intuisi, gerak hati, ilham, idea-idea kreatif, kebijaksanaan, serta kepintaran dalam berbicara
- Mereka diberi faham ilmu yang halus-halus dan sukar-sukar. Hasilnya lahirlah buah-buah fikiran yang bermutu, bernilai tinggi, pelik-pelik lagi aneh yang tidak terfikir oleh manusia biasa.
- Terpancar cahaya kebijaksanaan dari hatinya atas lidahnya sebagaimana yang berlaku kepada Imam Ghazali, Ibnu Rusydi, Ibnu Sina dan para genius Islam.
Di dunia ini, ibarat kita sedang exam. Buku rujukan kita dua je. Iaitu Al-quran dan As-sunnah. Jadi, jom kita ikut format exam ni untuk kita lulus dan dapat anugerah syurga nan hakiki....
*pe salahnye dah alang-alang bangun tu kita buat solat tahjud, taubat, hajat dan akhirnya witir, hehehe ana cadangkan je sebab ana selalu buat macam tu. kalau rajin buat solat tasbih, istikharah andai kita konfius dalam membuat keputusan.
* sila copy dan sebarkan kepada diri kita dan sume ahli keluarga dan sahabat handai.....
sama-sama kita lulus exam untuk ke syurga firdausi
Wassalam