Memaparkan catatan dengan label keinsafan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keinsafan. Papar semua catatan

Ahad, 20 Jun 2010

Assalamualaikum....


Alhamdulillah.... ana diberi masa dan kelapangan untuk mengupdate yang dah sangat lama ana tinggalkan... maafkan ana jika ada hati yang terguris tanpa ana sedari... sejujurnya ana sibuk dengan urusan campus dan masa untuk mentarbiah diri ana sendiri.... semoga Allah terus memberi kekuatan kepada ana dalam mengembara di alam yang sementara ini...



Ana insan yang lemah.... hanya meminjam nikmat Allah maha pencipta... Alhamdulillah masih dapat menikmati nikmatNya... nikmat anggota badan yang tidak ternilai... nikmat akhlak... nikmat ilmu didada... nikmat diuji didunia supaya menjadi juara (dikalangan para solehah)diakhirat kelak... walau ramai persaingan, hanya Yang Maha Pencipta yang mengetahui segala-galaNya... nikmat nyawa untuk menuju ke syurga yang hakiki... nikmat yang terbesar... nikmat ISLAM...



Ya Allah, aku bersyukur kerana masih di dalam nikmat agama sucimu... masih mampu bersyukur dengan nikmatmu... tidak terus leka dengan pujian manusia, aku lebih mengharapkan pujianMU... nikmat masa untuk ku mengupdate blog ini...Berterima kasih atas kasih sayang yang kau campakkan ke dalam hati ku untuk mengasihi ibu... ibu...ibu... ayah... adik-beradik... saudara Islamku.... Syukur atas kesedaran yang telah kau berikan padaku... syukur atas nikmat untuk ku mengenali, menyayangi, mencintai agamamu.... ISLAM... sungguh indah... alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah....



Kebahagiaan hakiki... pabila ku melangkah ke syurgamu.... namun... penuhi ilmu, iman dan amal... barulah tidak sesat dalam perjalanan... berhati-hati di dalam perjalanan... jangan ditinggalkan papan tanda berbentuk amaran..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Jage solatmu, auratmu, akhlakmu... jangan dilanggar lampu merah berbentuk berpegangan tangan bukan muhrim, melawan kedua ibu bapa, melawan suami, jahil akan tanggungjawab sebagai anak, suami, isteri, ibu, bapa, mujahid dalam menegakkan agamamu, mengata, mengumpat, mengutuk, membohong, memfitnah, mensibukkan diri dengan orang lain berbanding diri sendiri...



kelak diri mendapat kemalangan, akibat balasan perbuatan yang dilarang... peluang keemasan bagi yang tersedar akan kesilapan, boleh reverse dengan taubat agar tidak mengulangi... malang bagi yang tersasar dan terus sesat entah kemana, tanpa tujuan, akhirnya merosakkan diri mereka sendiri...



Sedarlah makin hari umur semakin tua.... mati semakin hampir... ketenangan bagi hati yang dekat denganNya... Namun, harus usaha... usaha ... usaha untuk jadi yang terbaik.... hamba yang terbaik, walau terkadang kita terleka... itulah hikmahnya kita dijadikan ramai.. supaya saling mengingati dan menyayangi.... Insyallah

Isnin, 9 Mac 2009

Awak setuju tak???







  1. Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada tujuan hidup di dunia yang sementara ini adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Allah SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAllah di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.
  2. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Allah SWT, awak mestilah redha bahawa Allah adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah untuk memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
  3. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Allah adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.
  4. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
  5. Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah bagi memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.
  6. Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang sohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.
  7. Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Allah SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.
  8. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.
  9. Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.
  10. Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.
  11. Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.
  12. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.
  13. Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.
  14. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.
  15. Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.

Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Semoga kita mendapat redha Allah SWT.

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=84952&mode=thread&order=0&thold=0 .:.