Memaparkan catatan dengan label Romantik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Romantik. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Februari 2009

Suami idaman... setiap wanita.....

Assalamualaikum....

Bagaimana suami idaman wanita? Wanita solehah untuk lelaki soleh. Tapi, yang macamana ye?

Sudah tentu role model sepanjang zaman iaitu Rasullullah s.a.w. Antara amalan baginda yang boleh kita ikuti

  1. Selalu berpegangan tangan dengan isteri, sabda nabiRasullullah s.a.w. "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". -Peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda. Nampak senang, tapi ramai agak keberatan untuk melaksanakan. Mari sama-sama kita amalkan, senang-senang dosa kita dihapuskan. Tak nak ke?
  2. Memotong kuku isteri. -Senang je ni. Tapi kadang-kadang tak ingat. Boleh terima ke alasan tu kaum hawa?
  3. Mandi junub bersama-sama. -Mengeratkan lagi ikatan. Bersama harungi pahit dan getir. Lupa ke janji kita nak nak bahagia di dunia dan akhirat.
  4. Bersama-sama bermusafir. -Mengikut sunnah nabi, nabi membuat undian untuk menambahkan kasih sayang setiap isteri-isterinya. Baru adil dan saksama.

Ada satu lagi kisah yang membuatkan isteri-isteri sangat sayang akan Rasullullah, pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Baginda sangat romantik pada isteri-isterinya. Baginda selalu membuatkan isteri-isteri baginda ceria dan bahagia. Ini saje yang dapat saya coretkan. Banyak lagi kisah romantik baginda, kalau ada, mari kita kongsi. Bagi yang belum berumahtangga, coretan ini boleh dijadikan panduan.
Pada kaum adam, bolehlah cuba praktik, yang belum nikah, jadikan panduan. Yang belum menikah, cepat-cepatlah dirikan masjid, ke syurga dunia. Wallahualam.


"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...."