Isnin, 31 Ogos 2009

Salam imtihan


Salam ukhwah..... maaf mawar ucapkan kerana lame sangat mawar tak update blog.. ini kerana mawar sibuk sedikit dengan banyak tugasan dari pensyarah mawar.

Dikesempatan ini mawar nak ucapkan selamat menyambut ramadhan yang mulia, hari kemerdekaan dan kepada rakan-rakan selamat menjawab midterm...

Good luck dan try your best k... man jadda wa jadda... usaha tangga kejayaan.. ape-ape pun ingat DUIT. Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakkal.

Ahad, 2 Ogos 2009

Eratkan ukhwah


Salam buat semua, kali ini mawar ingin berkongsi dengan kalian tips untuk mengeratkan persahabatan dari hadis riwayat Al-Tabrani. Sahabat amat penting dalam melaksanakan perjuangan suci Ilahi. Ade juga kata pepatah kawan itu ibarat cermin. Carilah kawan yang membina bukan yang membantutkan kita. Jika semua dah jumpa dengan sahabat sejati, jom kita bace tips ini.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya." Riwayat Al-Tabrani

Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.


Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.


Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Harap semua dapat praktikkan. Wassalam