Sabtu, 18 Julai 2009
Rukun Islam ke-Dua
Salam semua...... Jumpe lagi... Pujian dan syukur kepadaNya kerana mawar diberi kesempatan dalam meng-update blog. Maafkan mawar semua. mawar sibuk dalam beberapa bulan ni. Lagi-lagi di awal sem ni, assignment da dkt 10, buat sesi gan klien lum kire lagi. Ya Allah, bantulah permudahkan urusan hambamu yang lemah ini.
Kali ini mawar nak berkongsi dengan semua kisah hinanya orang yang meninggalkan solat. Kisah ni kakak mawar (angah) story kt mawar tadi selepas kami makan malam. Jom kite share.
Sewaktu zaman Nabi Ibrahim, ada seorang hamba yang telah lama mendirikan rumah tangga. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Berbagai ikhtiar telah dilakukan oleh pasangan suami isteri ini.
Satu hari suami pasangan ini bernazar, andai dia dikurniakan cahaya mata, dia akan minum air kencing anjing hitam. Beberapa bulan selepas itu, si isteri pun mengandung. Si suami pula runsing kerana memikirkan nazar yang harus ditunaikan sehinggalah isterinya selamat melahirkan bayi.
Si suami pun berjumpa dengan Nabi Ibrahim untuk menyelesaikan masalahnya itu. Lalu Nabi Ibrahim pun berkata "Jangan risau, Islam agama yang mudah". Lalu, Nabi Ibrahim menyuruh si suami mencari orang Islam yang tidak sembahyang(ibadah yang disyariatkan semasa zaman itu). Kemudian si suami pun mencari dan menjumpainya. Lalu Nabi Ibrahim pun menyuruh si suami menunggu hingga hari hujan, lalu menyuruh si suami minum air hujan yang jatuh dari bumbung rumah orang Islam yang tidak menunaikan solat itu.
Pengajaran disini, betapa Allah menghina dan mengkeji orang yang tidak menunaikan solat. Air hujan yang jatuh di atas bumbung rumah orang Islam yang tidak menunaikan solat itu setaraf dengan air kencing anjing hitam. Jika bumbung rumah atau kampus kita bagaimana ek?
Langgan:
Catatan (Atom)